MB KHALID IBRAHIM = BODOH LEMBU??? Sunday, September 6, 2009

Kecoh satu Malaysia berkenaan isu pemindahan kuil Hindhu di Seksyen 23 Shah Alam,…pihak Pakatan Rakyat menyalahkan penduduk dan BN, manakala BN/UMNO menyalahkan MB Selangor tidak pandai mengawal isu sensitivitI kaum. Mana satu yang anda fikirkan BENAR??

Secara logiknya,…memang isu ini boleh dianggap sebagai salah satu kelemahan pentadbiran oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor,…isu yang sebegini kecil boleh terjadi besar sehingga krisis salah faham antara kaum boleh berlaku bila-bila masa. Adalah mustahil untuk BN/UMNO tidak memainkan isu dan sentimen dalam meraih sokongan masyarakat di Selangor khususnya Shah Alam! Ternyata MB Khalid Ibrahim tidak boleh hanya memberi kata “Pemindahan kuil ini di kawasan majoriti Islam akan ditangguhkan sebelum keputusan selanjutnya dibuat”,….

Jadi apa kesudahannya???...

apa tindakkan selanjutnya yang akan dibuat??? Jika MB dari Parti Keadilan Rakyat ini ingin memperjuangkan sifat keadilan seikhlasnya,..beliau perlu bertindak adil ke atas kaum Melayu dan Islam juga. Mengapa keadilan cuma diperjuangkan untuk kaum bukan Melayu di Selangor?? Sedangkan penduduk majoriti di Seksyen 23 adalah Islam dan mereka tidak perlukan kuil di situ!...carilah kawasan lain yang lebih sesuai dan tidak akan menimbulkan persepsi buruk ke atas pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat….

Pemimpin Pakatan Rakyat harus matang dalam membuat sebarang kenyataan,…jangan bertindak melulu menghentam pemimpin BN dan UMNO . Sedangkan isu ini hanya berkait antara penduduk dan kerajaan Pakatan Rakyat. Tambahan pula Ahli Parlimen Shah Alam disandang oleh Khalid Smad dari PAS,..takkan isu yang melibatkan kepentingan Melayu Islam ini tidak mampu mereka selesai dan uruskan??

Tolong bertindak secara normal dan diterima rakyat untuk kita dapat terus kekal memerintah di Selangor.

0 comments:

FORUM PAKATAN RAKYAT