BENARKAH ANWAR Pejuang Keadilan ? Tuesday, September 1, 2009

SALAM PERJUANGAN MENUNTUT KEADILAN,


Keadilan sebenar yang menuntut kesamarataan yang diperjuangkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak hanya bertumpu kepada hak-hak kerakyatan, keagamaan dan sosialiti,…malahan ia perlu disamaratakan dalam institusi pendidikan bermula di peringkat rendah lagi!..


Disini,..bila kita persoal akan keadilan dan kesamarataan,…mengapa hanyak hak-hak Bumiputera dan Melayu sahaja perlu diruntuhkan?..Mengapa begitu? Bagaimana hak-hak orang bukan Melayu yang turut diberikan oleh kerajaan hanya dikekalkan dan sehingga kini melebih-lebih pula dari golongan majoriti Melayu Islam itu sendiri di Negara kita.


Cuba kita lihat,..tuntutan demi tuntutan untuk memperbesarkan Sekolah Jenis Kebangsaan dilakukan oleh bangsa Cina dan India,…dan ternyata ia diluluskan tidak kira daripada kerajaan Pakatan Rakyat ataupun kerajaan Barisan Nasional. Ternyata keadilan tidak ternampak dalam situasi ini!...Sedangkan sekolah kebangsaan hari ini dilihat hanya menjadi tempat yang bolah dikatakan setaraf ataupun kurang tarafnya berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan dari segi saiz, prasarana dan kemudahan lain.


Sebagai contoh,…desakan Dato’ Mukhriz berkaitan ‘Satu Sekolah’ sebenarnya mesti dan turut diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim sekiranya benar dia mendokong prinsip demokrasi bermasyarakat dan kesamarataan dalam pentadbiran!...Jika bangsa Cina memiliki Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina,…bangsa India memiliki Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil,…manakala Melayu punya apa??? Sekolah Kebangsaan???...sedangkan Sekolah Kebangsaan itu sendiri,…anak-anak Cina dan India boleh mendaftar sewenang-wenangnya untuk menuntut di situ!


Jadi di manakah Keadilan???,…


Mengapa bila berkaitan isu yang akan menimbulkan kemarahan orang Cina dan India terhadap Anwar,…Anwar hanya berdiam diri seperti sekarang??? Beliau tidak pernah menyatakan sebarang pendirian berkenaan isu seperti ini yang kononnya beliaulah Bapa Demokrasi ke 2 selepas Pak Lah. Seharusnya Anwar Ibrahim perlu lebih menjaga hati orang Melayu walaupun prisip politik yang diperjuangkannya adalah bersifat liberal….Ternyata UMNO akan memainkan isu-isu seperti ini yang mana memperlihatkan ‘ketidakadilan’ sebenar Anwar ke atas bangsa majoriti tersebut.

4 comments:

Anonymous said...

Anwar bukan bapa demokrasi...tp
bapa biadap!
bapa samseng!
dan bapa mengkhianat negara!!!

ghostWRITER said...

sekolah kebangsaan tewla sekolah melayu..apara......!! Bahasa Melayukan bahasa kebangsaan, so apa lagi lu mau? Satu sekolah supaya cina, melayu, india dapat sekolah sekali, baru ble rapatkan jurang antara bangsa... melentur buluh biarla dari rebungnya.... dah tua-tua nnti keras, tak guna kalu nak lentur.... maka jadila bangsa-bangsa di Malaysia saling tidak menghormati....!! Bersatu lah bangsa Malaysia di bawah gagasan 1Malaysia..

Anonymous said...

yup..
anwar pengkhianat negara!!

BhYm said...

terlampau mudah mengutuk Anwar yang bukan2... Adakah bangsaku ini memang dah terbiasa menjadi lidah pemaki hamun... cuba bercakap dengan fakta..kan lebih cerdik..

FORUM PAKATAN RAKYAT