Penyokong Pakatan & BN Perlu Hadir !... Thursday, September 10, 2009

MB KHALID IBRAHIM = BODOH LEMBU??? Sunday, September 6, 2009

Kecoh satu Malaysia berkenaan isu pemindahan kuil Hindhu di Seksyen 23 Shah Alam,…pihak Pakatan Rakyat menyalahkan penduduk dan BN, manakala BN/UMNO menyalahkan MB Selangor tidak pandai mengawal isu sensitivitI kaum. Mana satu yang anda fikirkan BENAR??

Secara logiknya,…memang isu ini boleh dianggap sebagai salah satu kelemahan pentadbiran oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor,…isu yang sebegini kecil boleh terjadi besar sehingga krisis salah faham antara kaum boleh berlaku bila-bila masa. Adalah mustahil untuk BN/UMNO tidak memainkan isu dan sentimen dalam meraih sokongan masyarakat di Selangor khususnya Shah Alam! Ternyata MB Khalid Ibrahim tidak boleh hanya memberi kata “Pemindahan kuil ini di kawasan majoriti Islam akan ditangguhkan sebelum keputusan selanjutnya dibuat”,….

Jadi apa kesudahannya???...

apa tindakkan selanjutnya yang akan dibuat??? Jika MB dari Parti Keadilan Rakyat ini ingin memperjuangkan sifat keadilan seikhlasnya,..beliau perlu bertindak adil ke atas kaum Melayu dan Islam juga. Mengapa keadilan cuma diperjuangkan untuk kaum bukan Melayu di Selangor?? Sedangkan penduduk majoriti di Seksyen 23 adalah Islam dan mereka tidak perlukan kuil di situ!...carilah kawasan lain yang lebih sesuai dan tidak akan menimbulkan persepsi buruk ke atas pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat….

Pemimpin Pakatan Rakyat harus matang dalam membuat sebarang kenyataan,…jangan bertindak melulu menghentam pemimpin BN dan UMNO . Sedangkan isu ini hanya berkait antara penduduk dan kerajaan Pakatan Rakyat. Tambahan pula Ahli Parlimen Shah Alam disandang oleh Khalid Smad dari PAS,..takkan isu yang melibatkan kepentingan Melayu Islam ini tidak mampu mereka selesai dan uruskan??

Tolong bertindak secara normal dan diterima rakyat untuk kita dapat terus kekal memerintah di Selangor.

TAKZIAH Kepada Keluarga YB ADUN Bagan Pinang, Saturday, September 5, 2009



PRK Bagan Pinang akan diadakan dan ia akan diumumkan oleh SPR beberapa hari lagi,…tidak kira di sebelah pihak kita, Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional, sibuk memperkatakan akan soal calon dan kebarangkalian siapa yang akan menang dalam pilihanraya kecil yang dianggap sengit ini!...bagi Pakatan Rakyat,..
sekiranya menang ini adalah bonus kepada mereka,.. manakala jika BN kalah lagi kali ini bermakna sumpahan sial Pak Lah masih belum hilang…
Keputusan di PRU 12 memihak pada BN dengan jumlah majoriti yang boleh dikira besar iaitu sebanyak 2 ribu lebih…

Pertandingan kali ini dianggap menarik kerana komposisi DUN Bagan Pinang yang berada di bawah Parlimen Teluk Kemang (PKR) ini mempunyai masyarakat berbilang kaum. Krisis kepimpinan dalam Barisan Nasional dan tiada kesepakatan dalam Pakatan Rakyat akan mencorakkan lagi percaturan politik untuk PRK ke-9 ini dalam memenangi pengundi di sini.

Sama-sama kita nantikan…

BENARKAH ANWAR Pejuang Keadilan ? Tuesday, September 1, 2009

SALAM PERJUANGAN MENUNTUT KEADILAN,


Keadilan sebenar yang menuntut kesamarataan yang diperjuangkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim sepatutnya tidak hanya bertumpu kepada hak-hak kerakyatan, keagamaan dan sosialiti,…malahan ia perlu disamaratakan dalam institusi pendidikan bermula di peringkat rendah lagi!..


Disini,..bila kita persoal akan keadilan dan kesamarataan,…mengapa hanyak hak-hak Bumiputera dan Melayu sahaja perlu diruntuhkan?..Mengapa begitu? Bagaimana hak-hak orang bukan Melayu yang turut diberikan oleh kerajaan hanya dikekalkan dan sehingga kini melebih-lebih pula dari golongan majoriti Melayu Islam itu sendiri di Negara kita.


Cuba kita lihat,..tuntutan demi tuntutan untuk memperbesarkan Sekolah Jenis Kebangsaan dilakukan oleh bangsa Cina dan India,…dan ternyata ia diluluskan tidak kira daripada kerajaan Pakatan Rakyat ataupun kerajaan Barisan Nasional. Ternyata keadilan tidak ternampak dalam situasi ini!...Sedangkan sekolah kebangsaan hari ini dilihat hanya menjadi tempat yang bolah dikatakan setaraf ataupun kurang tarafnya berbanding Sekolah Jenis Kebangsaan dari segi saiz, prasarana dan kemudahan lain.


Sebagai contoh,…desakan Dato’ Mukhriz berkaitan ‘Satu Sekolah’ sebenarnya mesti dan turut diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim sekiranya benar dia mendokong prinsip demokrasi bermasyarakat dan kesamarataan dalam pentadbiran!...Jika bangsa Cina memiliki Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina,…bangsa India memiliki Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil,…manakala Melayu punya apa??? Sekolah Kebangsaan???...sedangkan Sekolah Kebangsaan itu sendiri,…anak-anak Cina dan India boleh mendaftar sewenang-wenangnya untuk menuntut di situ!


Jadi di manakah Keadilan???,…


Mengapa bila berkaitan isu yang akan menimbulkan kemarahan orang Cina dan India terhadap Anwar,…Anwar hanya berdiam diri seperti sekarang??? Beliau tidak pernah menyatakan sebarang pendirian berkenaan isu seperti ini yang kononnya beliaulah Bapa Demokrasi ke 2 selepas Pak Lah. Seharusnya Anwar Ibrahim perlu lebih menjaga hati orang Melayu walaupun prisip politik yang diperjuangkannya adalah bersifat liberal….Ternyata UMNO akan memainkan isu-isu seperti ini yang mana memperlihatkan ‘ketidakadilan’ sebenar Anwar ke atas bangsa majoriti tersebut.

FORUM PAKATAN RAKYAT